Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah membuat rakaman pengajaran dan pembelajaran yang telah dikendalikan oleh Ustaz Khairul Anuar Hj. Ramlan, selaku Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMTPJB pada 11 April 2012. Rakaman bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Lokasi rakaman adalah di Bilik Tayangan, Perpustakaan dan Pusat Akses Sekolah. Para pelajar begitu teruja kerana dapat mengalami sendiri pengalaman sepanjang sesi rakaman yang bertujuan untuk dijadikan panduan kepada Guru Pendidikan Islam seluruh Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar dan pelajar 5 Perdagangan 5..!