Ramadhan Dekat Di Hati

Majlis Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati Oleh PK HEM




Alhamdulillah , Allah telah menemukan kita dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan iaitu Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban puasa Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau terpaksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.

Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti memaki, mengeji , mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa.

Oleh itu , kita seharusnya menyedari keutamaan dalam menghidupkan Ramadhan dengan pelbagai pengisian yang menjurus kepada matlamat memperolehi keredhaan Allah. Melalui program Ramadhan Dekat Di Hati yang akan dilancarkan pada hari ini dengan objektif menggalakkan warga SMTP menghayati dan melaksanakan pelbagai ibadah sempena Ramadhan al-Mubarak agar Ramadhan kali ini tidak berlalu dengan sia-sia. Pelbagai program telah dirancang antaranya aktiviti tadarus al-quran, risalah ramadhan, kuiz , saham waqaf, ramadhan ke udara dan nur pagi. Namun begitu, segala aktiviti ini hanya dapat memberikan impak yang berkesan jika semua warga SMTP berusaha mengikuti program ini dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan keredhaan Allah.

AKTIVITI RAMADHAN DEKAT DI HATI

Majlis Pelancaran / Risalah Ramadhan / Kuiz / Tadarus / Kasihilah Anak Yatim

Saham Waqaf At-Taqwa / Nur Pagi / Ramadhan Ke Udara / Majlis Khatam Al-Quran

Layari laman web khas Ramadhan SMTPJB di sini

Asmaul Husna..

Demi masa...

Hari ini...

Waktu Solat...

KETUA PANITIA

KETUA PANITIA
Ustaz Khairul Anuar Hj. Ramlan

SETIAUSAHA

SETIAUSAHA
Ustazah Juhaida Husna Md. Shukor

AHLI PANITIA

AHLI PANITIA
Ustaz Mohd. Farhan Mohamed

Ustaz Alwee Shamrin

Ustazah Zariah Zainuddin

JUMLAH ZIARAH

INFO TERKINI

KERAP DILAWATI

JOM BELAJAR ONLINE

Info Terkini..

Ketahuilah...

Palestinkini.info

Anda pengunjung ke..

About this blog