Hari nisfu sya’baan pada tahun ini akan jatuh pada hari Rabu malam Khamis (sebaik saja masuk maghrib), 6hb Ogos 2009. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna, dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya’baan adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Berikut adalah antara amal ibadah di hari nisfu sya’baan: Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’baan kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa kita. Jadi marilah sama-sama kita memeriahkan lagi bulan sya’baan ini dengan amal ibadah yang lebih dari kebiasaannya. Jalanlah lupa untuk ambil kesempatan untuk berpuasa pada 15 sya’baan nanti iaitu pada hari Khamis 6hb Ogos 2009 ini, kerana kita tidak tahu sama ada kita masih berkesempatan lagi atau pun tidak untuk bertemu dengan nisfu sya’baan pada tahu hadapan. Jangan lupa juga untuk sebarkan kepada saudara mara dan rakan taulan. Moga-moga beroleh keberkatan dan rahmat yang tidak terhingga dari Allah s.w.t.
Rebut Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban
at